Oct 22, 2012

Corat Coret 22.10.12

Assalamualaikum, lama tak menjengah blog nie & menulis...
Biler selsema & demam, rasa tak sihat sangat & nak wat ape ape pun tak larat... Huhuhu

Tahukah anda, lelaki sampai satu tahap dia sangat matang dalam membuat pilihan. Tahu bila?

Bila dia menolak kecantikan semata2 dlm diri seorang wanita, dan memandang dgn mulia keseluruhan yg ada pada wanita itu krn BERJAYA buat dirinya tenang, selesa, dan sentiasa ada untuk dirinya :)

Rasa-rasanya admin dah sampai ke tahap matang nie dah... :)
Alhamdulillah, akhirnya ketemu jua siapa orangnya yang membuat diri ini tenang, selesa & selalu care pasal orang everyday. Perasaannya cukup gembira & cukup bahagia.

Counting days: 
130 days more to our big day - akad nikah & walimah
and 32 more days to our engagement day.. A week after our family holidays to Shanghai.

Mudah-mudahan semua urusan dipermudahkan Allah.
InsyaAllah

Bismillahhirrahmanirrahim... Ya ALLAH, titipkanlah rasa rindu, rasa kasih dan rasa cinta ini tulus buat isteri halalku, isteri yang bakal aku nikahi, isteri yang akan bersama-sama denganku mengejar cinta-MU, ya ILLAHI.. Amin

Oct 16, 2012

Corat Coret.. DIskusi Jodoh Seseorang ituu..

Assalamualaikum
arinie juz I want to share some interesting stories dari FB :)

Suatu hari di sebuah universiti tempatan, kelas syariah berlangsung seperti biasa. Hari itu diskusi bab munakahat. Tampaknya lebih diminati oleh para pelajar, mana taknya semua hadir tanpa seorang pun absent. Perhatian lebih fokus, pelajar lelaki tersengih-sengih. Pelajar perempuan malu-malu kucing.

Lantas seorang student muslimah mengajukan soalan menarik pada tutornya, Ustaz Ahmad Saifuddin..

Student: "Pada hemat ustaz, bagaimanakah cara yang munasabah, baik, dan syari'e untuk seseorang wanita itu mendapatkan jodoh? Sememangnya jodoh itu telah ditetapkan, maksud saya di sini..dari segi usaha dan ikhtiarnya. Boleh ustaz jelaskan?"

Ustaz Ahmad Saifuddin: "Moga Allah merahmati kamu. Soalan yang baik. Pertama sekali, cari dan nilai sendiri, lihat kepada mana-mana lelaki yang berkenan dan layak untuk kita. Beritahu sendiri atau melalui rakan-rakan baik lelaki itu. Apabila lelaki itu terima, maklumkan sahaja kepada ibu bapa dan langsungkan segera. Pastikan lelaki itu masih tiada sesiapa. Nanti malu pula."

Pelajar lelaki mencelah: "Ya ustaz, metode kedua please!"

Ustaz Ahmad Saifuddin: "Baik, jalan yang kedua adalah, minta orang lain cari. Sebaiknya minta daripada orang-orang yang berpengalaman dan soleh untuk mencari jodoh yang sesuai untuk kita termasuk ibu bapa kita juga. Kita terima sahaja apa yang dicadangkan oleh beliau. Tanpa melihat rupa, kerjaya dan apa sahaja. Jika tidak mampu untuk menerimanya, kembali kepada cara pertama. Apabila sudah ada, solat istikharah dan rasa kecenderungan hati. Jangan tunggu mimpi. Bila ada rasa cenderung padanya, terima dengan hati terbuka."

Student muslimah: "Ada jalan alternatif?"

Ustaz Ahmad Saifuddin: "Berserah kepada Allah sepenuhnya. Tidak mencari dan tidak meminta sesiapa mencarinya. Namun terus berserah kepada Allah 100%. Buka pintu hati untuk menerima mana-mana lelaki yang ikhlas untuk memikul tanggungjawab itu. Solat istikharah memohon restu dari Allah. Rasa kecenderungan hati itu dan cuba bertanya kepada orang yang berpengalaman. Sekiranya terlintas di fikiran, "Dia belum ada kerja lagi," atau "Dia kurang kacaklah," atau "Dia degree pun tidak ada." Sekiranya terlintas demikian, itu kita sudah membuat penilaian sendiri. Jika mahu berpegang dengan apa yang kita nilai itu. Sebaiknya kembali kepada cara pertama."

Student muslimah: "Tidak salah kan jika wanita memilih?"

Ustaz Ahmad Saifuddin: "Memilih tidak salah. Terlalu memilih dan cerewet mungkin salah. Wanita tidak banyak peluang untuk memilih berbanding lelaki yang terbuka slotnya empat kali.

Pilihlah yang buat hati kamu tenang, buat agama kamu menjadi lebih baik, buat ilmu kamu makin bertambah, buat kehidupan lebih bermakna, buat Allah lebih cinta, buat kamu lebih kasih pada Dia. Susah senang dia bersama."

Student muslimah tersenyum kecil.

credit to..
Syabab Musafir Kasih

Admin notes: Realistik, rasional & jangan putus asa dengan rahmat Allah. :)
InsyaAllah.

Oct 15, 2012

Corat Coret 15.10.12

(Ustaz Azhar Idrus)
BILA DATANG LELAKI yang COMEL AGAMANYA.. (Alhamdulillah comel orangnya.. hik3)
bukan dia ustaz, bukan tok guru, bukan ulama, HANYA ORANG BIASA.. :)
tetapi, sembahyang 5 waktu, tak makan haram, tutup aurat dan ada orang AJAR DI SURAU.. (errrr, tengok youtube ust azhar, dengar ceramah kat ikimfm dan tanyalah ustaz pun kira ok juger ler kan)

DIA PERGI walaupun seminggu 2 kali, dah dikira baik pada agama..KAHWINKAN SEGERA dengan lelaki baik seperti itu, walaupun jalan kaki, naik motor..tak ada kereta kerana REZEKI DI TANGAN ALLAH bukan di tangan manusia.. (InsyaAllah Ustaz, tak lama lagi dah nie. Dengan izin Allah)

SEMUANYA DARI ALLAH :)

♥ JODOH dan PERTEMUAN semuanya dari ALLAH.
♥ Adakalanya, kita diberi PETUNJUK melalui mimpi..
♥ Mimpi adalah mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan solat Istikharah dan memohon dengan BERSUNGGUH-SUNGGUH supaya Allah memberikan petunjuk,

♥ InsyaAllah dengan izinNya kita mendapat mimpi petunjuk.. (:

♥ Kadangkala petunjuk dalam bentuk RASA HATI.. (haaa - biasanya peringkat awal rasa hati nie lah yang main peranan. Mimpi timbul kemudian kemudian sikit.. bila hati rasa tenang, yakin & Alhamdulillah Allah permudahkan jalannya. Yakin ajer itu yang terbaik & buat yang terbaik untuk segerakan peminangan dan pernikahan. InsyaAllah sedang diusahakan. Semoga Allah terus permudahkan)
♥ Jika dia pilihanmu, buatlah KEPUTUSAN sebaiknya.. (InsyaAllah, pilihanku dengan petunjukMu)
♥ Jika tidak, TOLAKLAH dia dengan BAIK..

♥ Seandainya dirimu TIDAK MEMILIKI sesuatu yang kamu cintai,
♥ Maka cintailah sesuatu yang kamu miliki..
♥ Jangan pinggirkan ALLAH kerana Dia yang mengurniakan rasa cinta.. (Alhamdulillah TQ Allah yang menghadirkan rasa cinta & sayang)

LOVE IS MARRIAGE.♥♥ The person U married is ur love, be the one called husband or wife. ♥♥ That is love.♥♥♥

Oct 10, 2012

Corat Coret: Rahsiakan Pertunangan??? Perlu ker,,

Assalamualaikum wbt

Mesti ramai kan pernah dengar pasai hadis satu nie..

"Zahirkan perkahwinan dan sembunyikan/rahsiakan pertunangan "

korang tau x ape status sebenar hadis nie????

Hadith ini riwayat Ad Dailamiyy dalam Musnad Al Firdaus. Hadith ini dha'eef.

Dha'eef kerana perawi bernama Umm 'Alqaamah adalah Majhuulah Al Haal. 

Silsilah no. 2494


So??????


Bila dalilnya berstatus lemah, maka hukumnya dikembalikan kpd uruf..

Uruf arab dan melayu, majlis khitbah atau peminangan diumumkan kpd kaum keluarga terdekat atau sahabat handai dengan majlis kenduri yg kecil  Tujuannya, supaya wanita itu tidak akan dipinang oleh org lain. 

Maknanya, ~ kalau perempuan cukuplah sekadar bgtau dah bertunang & memadai dgn keluarga dan sahabat handai saja yg tau. sebab tu kenduri tunang ni kena buat kecik je, kalau buat besar, kemungkinan ia org kaya.

JAWAPAN SEMPOI:

hadith larangan umumkan pertunangan tu adalah TIDAK SAHIH. Maka tiada larangan dari Nabi bab umumkan pertunangan ni,

maka ia berbalik kpd situasi empunya diri seperti di bawah:

1- aweks yg rasa diri dia tu lawa dan comel dan rasa dirinya byk org minat, maka bila dh bertunang maka better better better umumkan pertunangan, supaya mamat2 jekaka perasan dpt terima hakikat yg anda dh berpunya, supaya mamat2 jejaka perasan dpt persiap diri mencari aweks lain. Tidaklah nnti jejeka perasan pergi meminang anda last2 bru tau anda dh bertunang, malu yg teramatlah si jejaka perasan tu, kesian dia nnti.

2- aweks yg nakal dan byk musuh dgn ex-boyfriends, maka better rahsiakan pertunangan, sbb kalau umum nnti semua ex-boyfriend yg memusuhi anda akan pegi sabotaj pertunangan anda dgn bakal suami anda dgn menabur fitnah2 bahawa anda ni seorang yg playboy byk boy-friends dan kaki boy-friends, dan akhirnya bakal suami anda akan cancelkan pertunnagan itu dan cari aweks lain utk dibuat isteri.

** kes 1 & 2 diatas juga apply bg lelaki. 


konklusi: ia berbalik pada diri, dan tujuan dia istyhar dh tunang dan tujuan dia tak nak istyhar dh tunang

sbb perempuan ni ada byk jenis, ada yg jenis yg sentiasa saja ada org masuk meminang, atau buat pre-book, tp dia tolak sbb nk tunggu yg satu tu. So yg jenis ni bila yg satu tu dh masuk minang dan dh sah mereka tunang, maka better aweks yg jenis ramai peminat ni bgtau dh bertunang

ada yg jenis, xda sapa2 minat sgt, just terus find sorang je dan terus tunang, jenis ni rahsia pun xpe..

ni berbalik pada kondisi muslimah tu, dia yg tahu nilai sendiri nk istyhar ke tak nak....


adapun hadeeth ''rahsiakan pertunangan'' ia dhaeef. 

ia dhaif, tp fiqhnya mcm mana? di sini ulama' khilaf, plg kurang kpd 3 pendapat: 

1- fiqhnya sahih, dan pertunangan perlu sebaiknya di rahsiakan, sbbnya mcm yg enta sebutkn td lah. Fiqh sebegini bukan hanya bergantung dgn hadeeth ni semata, bahkan ia lebih kpd kedah fiqh , pertimbang mudharat VS maslahah. Hadeeth dhaif ni sokongan je pd fiqh. 

2- pertunangan tak perlu dirahsiakan sbb takut nanti jadi pertunangan atas pertunangan, hadeeth minta rahsia pertunagan tu pun dhaeef. 

3- kompromi antara dua pendapat: ia bergantung kpd situasi individu itu sendiri samada dia rasakan lebih baik rahsia pertunangan atau nk beritahu dia dh bertunang.


Oct 2, 2012

Corat Coret 2.10.12

Assalamualaikum makmumku, perkenalkan diri saya Syaiful Bahari Bin Che Aziz.
Huhuhu, xleh tidur + penangan cerita salam cinta... (:

✿..Pada saya, biar dia SALAH SANGKA..biar dia salah anggap, biar dia salah menduga..biar dia tahu yang buruk, sebelum MENGHARAP yang baik-baik..

Jika dia IKHLAS, dia akan sedia MENERIMA kekurangan yang ada..dari hanya mengharap yang baik d
an sempurna..apa guna menghabiskan MASA menunjukkan kebaikkan, bila dia tidak boleh menerima kelemahan dan kekurangan?

Biar dia tahu saya tidak pandai itu, saya tidak pandai ini..biar dia tahu, saya mungkin tidak dapat memenuhi expectation dia yang tinggi melangit itu..biar dia tahu, saya pernah punya MASA LALU..namun saya masih punya MASA HADAPAN..biar dia tahu, biar dia buat keputusan supaya dia tidak rasa TERTIPU, supaya dia tidak menyesal kelak..✿





Cinta itu pilihan, andai dia tahu akan buruk baik kamu, kekurangan kebaikan kamu, kelemahan kelebihan kamu namun dia masih memilih mu & menerima kamu.





Cinta itu kesempatan, sekiranya dia hanya tahu kelebihan mu, kebaikan mu, & bertemu dengan mu di satu saat yang tepat semata.. namun sewaktu mengetahu keburukan, kelemahan & kekurangan kamu dia menjauhi kamu dan tidak dapat menerima perkara tersebut.





Sesungguhnya manusia itu mampu berubah, disokong oleh doa yang tulus & dengan izin Allah kerana hidayah itu hak Allah & semua orang mempunyai masa depan - diberi ruang & peluang untuk berubah. Siapa kita untuk menghukum, kita hanya mampu berpesan-pesan dengan kebenaran & juga kesabaran. Itu jalan dakwah kita. Kadang kala dalam perjalanan kita menuju Allah, kita diuji dan diberi ujian cubaan yang menggugat iman. Sabar adalah jalan terbaik namun sebagai manusia biasa, kita ada kelemahan masing-masing yang tergugat imannya dilanda ujian. Ujian datang dalam bentuk kesenangan - sama ada kamu bersyukur atau alpa & ujian datang dalam bentuk kesusahan sama ada kamu bersabar atau berkeluh kesah.





Selagi masih diberi peluang oleh Allah, ayuh kita berusaha.





Allah s.w.t. berfirman: 


Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. 


Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. 


Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. 


Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. 


Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak.

Salam Cinta

Salam Cinta

Malam nie tak leh tdo lak, terlebih energy sbb dah tdo after maghrib or terlebih happy ker ape ceq tak taw lahh... Huhuhu... Apabila kata-kata cinta mula bererti, tengok filem cinta camnie rase bagus juger. Ade mesej yang baik di dalam nya and jalan cerita nya mudah difahami & bagus. Mengenai makna kehidupan, cinta, ujian & di akhirnya semuanya kerana Allah. Suke cerita nie - sangat.

Dengan kalimah Bismillah, ku hulurkan salam cinta.
Actually ia sarat mengajar akan erti cinta yang sebenar.

Bertemu dengan orang yang tepat di masa dan ketika yang tepat adalah kesempatan & kita selalu menggapai kesempatan tersebut.
Menerima kelebihan jua kekurangannya yang terlihat kemudian, ia adalah pilihan.
Terima lah si dia seadanya.

Ku memilih untuk mencintai bukan orang yang ingin ku cintai, ku mencintai orang yang Allah hadirkan ke dalam kehidupan ku untuk di cintai.
Bismillahhirrahmanirrahim, Assalamualaikum wbt. Wahai makmum ku, ku mencintai mu kerana Allah yang menghadirkan cinta & mentakdirkan perkenalan ini. Semoga kita bercinta kerana Allah, ~ selepas Aku Terima Nikahnya sesuai syariat Islam. Semoga kita bercinta sehingga ke syurga. InsyaAllah.

Assalamualaikum makmumku (^_^)

Oct 1, 2012

Corat Coret 1.10.12

Assalamualaikum & selamat malam to my lovely blog readers

Alhamdulillah, Satu hal udah selesai malam nie.. Tarikh merisik, cum meminang & bertunang... Hehehe... Pergh, so this coming November bakal jadik tunang orang lah jawabnyer yer. Seronoknyaaaa rase - cincin berbatu & cincin belah rotan pon dah beli sesiap so setel ler. Then nie juz nak kena beli sejadah, telekung ajer lagi kot. Setel. Buah & kek nanti suruh makcik kat seremban jer tempahkan. Hehehe... Bereh bereh bereh

Tahun depan dalam bulan 3 dah jadi hubby to someone perhaps, InsyaAllah.

Happy nyerrr lah rase coz dah setel satu perkara.

Semoga Allah memudahkan urusan kami & keluarga kami.

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan hidup dan keturunan yang menjadi penyejuk mata (penyenang hati), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa.”
(Al-Furqan:74)


Amin.

Subhanallah hi wabihamdi, subhanallah al azim. 2 kalimah yang ringan di lidah namun berat timbangannya di sisi Allah.